Tahan berapa jam? Fakta atau Auta?
Hello semua. Anda peminat wangian? Kami pasti anda semua mungkin telah melihat pelbagai jenis marketing dari penjual minyak wangi terutamanya apa di panggil wangian inspired di pasaran malaysia. Dan jika anda selalu mendapat maklumat dari post di social media, anda mungkin perasan marketing claim yang hampir sama dari semua penjual wangian. Ada sebahagiannya mungkin sedikit over the top. Kami pada awalnya juga akui ada menggunakan taktik marketing yang hampir sama dalam usaha untuk menarik perhatian pelanggan. Kami sering ditanya soalan dari pengguna yang sukar untuk kami jawap dalam masa 2 minit tanpa penjelasan yang lengkap. Ini menyebabkan kebanyakan penjual wangian mengambil langkah short cut untuk mudah menjawap persoalan pengguna. Tetapi selepas menuntut dunia perfumery dan hasil dari pengetahuan dan kajian sudah sampai kami rasakan pengguna wangian tahu kisah sebenar di sebalik kebanyakan claim ini. Kita mulakan dengan claim myth yang pertama.
Myth 1: Tempoh wangian bertahan. kebanyakan orang menggunakan maklumat ini sebagai kayu pengukur kualiti wangian. Ada yang claim wangian yang dikeluarkan boleh bertahan 8 jam, ada yang claim 10 jam. Ada jugak yang tahap konfidennya tahap dewa dan mengeluarkan claim wangiannya boleh bertahan 24 jam. Fakta atau auta?
Jawapan: Auta! Tempoh wangian bertahan sebenarnya disebabkan beberapa faktor yang saya akan kupas di sini. Sebelum itu saya ajak anda berfikir sekejap,. Pernah dengar pengeluar wangian asal yang terkemuka buat claim sebegini? Pernah anda dengar Dior claim wangiannya boleh bertahan lebih 8 jam, atau Gucci claim wangian mereka boleh tahan lebih 10 jam? Tak pernah kan. Ini kerana syarikat ini mempunyai reputasi untuk dijaga dan mereka tak boleh keluarkan claim yang tidak munasabah. Jangan salah paham, bukan kami maksudkan tiada perfume yang boleh bertahan lebih 8 jam. Jika faktor faktor dan keadaan bersesuaian memang ada wangian yang boleh bertahan lebih dari 8 jam. Jadi apakah faktor faktor tersebut?
1. Bahan dan Ramuan Wangian.
Perfume yang berlainan ramuannya pasti akan menghasilkan tenacity (ketahanan bau yang berlainan) jadi untuk mengatakan semua wangian yang dijual oleh satu penjual bertahan sama lama adalah tidak munasabah walaupun konsentrasi perfume compoundnya sama tak kira samada kepekatan cologne, EDT, EDP atau pun Parfum (sila baca post Masih belum tahu perbezaan EDT dan EDP? jika anda masih kurang arif tentang ini). Contohnya wangian yang ramuannya banyak menggunakan nota Citrus dan fresh sebagai tema utama seperti CK One akan hilang lebih pantas berbanding wangian yang menggunakan nota base yang lebih berat atau woody dan berempah seperti 1 Million. Jadi daya ketahanan wangian adalah berbeza untuk setiap wangian mengikut ramuan yang digunakan dan tidak mungkin boleh pukul rata tempoh bertahan wangian yang sama dari satu pengeluar/penjual.
2. Keadaan kulit pengguna
Kulit pengguna juga memainkan peranan dalam menentukan berapa lama wangian boleh bertahan di kulit. Jika anda mempunyai kulit yang kering, wangian tidak akan mampu bertahan selama orang yang mempunyai kulit yang lebih berminyak. Sebab itu antara cara untuk membuat wangian tahan lebih lama pada kulit ialah dengan munggunakan losyen yang tidak mempunyai bau atau pun vaseline. Jadi jika keadaan kulit pun memainkan peranan untuk berapa lama wangian boleh bertahan sedangkan kulit kita semua berlainan keadaannya, mana mungkin kita boleh pukul rata mengatakan wangian akan bertahan 6, 8 atau pun 24 jam.
3. Keadaan Environment Pengguna
Environment di mana pengguna wangian terdedah juga satu faktor bagaimana wangian boleh mempunyai daya ketahan yang berlainan. Jika anda bekerja di kawasan yang sejuk atau pun di dalam air cond ofis sepanjang hari, wangian anda akan bertahan lebih lama berbanding dengan pengguna yang terdedah pada environment yang panas dan lembap. Environment panas akan menyebabkan wangian lebih volatile dan lebih cepat mengeluarkan bau. Sebab itulah orang di negara barat lazimnya boleh menggunakan wangian yang berkepekatan rendah seperti EDT atau pun cologne kerana wangian boleh bertahan lebih lama dan mereka tidak mahu memeningkan hidung orang sekeliling dengan bau wangian yang terlalu kuat.
Jika semua faktor ini adalah pada keadaan yang optimum, wangian pasti akan bertahan lebih lama. Sebab itulah ada pengguna wangian EDP yang boleh bertahan sehingga setengah hari jika semua faktor ini pada keadaan yang terbaik. Memang tak dinafikan kualiti perfume compound atau apa orang ramai panggil pati adalah antara faktor utama. Kebayakan pati mempunyai bau yang hampir sama tetapi memang ada perbezaan kualiti kerana raw material atau ramuan yang digunakan dalam pembuatan pati. Nantikan post kami seterusnya untuk cerita lebih lanjut tentang kualiti perfume compound. Pengetahuan dan research tentang material adalah topik penting untuk menghasilkan pati yang terbaik.
Jadi bagaimana nak membuat keputusan wangian siapa yang bagus? Cara terbaik adalah mencubanya sendiri dan kemudian buat keputusan jika anda berpuas hati. Jika anda mahu lebih selamat anda boleh membeli sample seperti TINY BOUTEILLE sebelum anda membuat keputusan membeli botol besar. Atau jika anda mahu lebih selamat, anda boleh membuat temujanji dengan rakan penasihat (scent advisor) BOUTEILLE dan anda boleh mencuba secara percuma sebelum membuat keputusan anda. Keputusan adalah milik anda.
Okey... sekian dulu dan nantikan post kami seterusnya dan Have an Awesome Day!
Perfume Myth - Fakta atau Auta?
Reviewed by BOUTEILLE
on
October 16, 2017
Rating:
No comments: