recent posts

banner image

Masih belum tahu perbezaan EDT dan EDP?

Dalam kami buat jualan kami sedar masih ada lagi yang belum arif tentang apakah EDP atau pun EDT. Anda pasti pernah dengar wangian EDT (Eau de Toilette) atau pun EDP (Eau de Parfum) tapi mungkin segan untuk bertanya.  Di sini peluang anda untuk mengetahui perbezaannya tanpa dibahankan oleh rakan rakan anda. EDP dan EDT adalah nama yang diberikan untuk menentukan tahap kepekatan pati wangian (mat saleh panggil perfume compound) dalam larutan. Tapi klasifikasi kepekatan perfume compound bukan hanya terhad kepada EDP dan EDT sahaja, bahkan ada 2 lagi klasifikasi lain iaitu Eau de Cologne (juga dipanggil sebagai cologne) dan Parfum (tapi yang ini tak sama dengan Eau de Parfum). Ada juga tahap kepekatan lain seperti Eau Fraiche yang jarang digunakan jadi tak perlulah dibincangkan di sini.

Carta Kepekatan Wangian

Perbezaan Parfum, EDP, EDT dan cologne terletak pada kepekatan perfume compound yang berlainan dalam larutannya. Perfume compound atau pun pati perlu di cairkan dengan solvent kerana ia sangat pekat dan tidak sesuai untuk digunakan. Solvent atau bahan pelarut bergantung pada jenis wangian yang dihasilkan, samada ia water base atau oil base. Untuk wangian water base, kosmetik alkohol digunakan untuk mencairkan wangian. Kosmetik alkohol ini diformulate khas untuk pengunaan kosmetik dan sesetengah memanggilnya dengan nama 'denatured alcohol'. Ia adalah ethyl alkohol yang telah dicampurkan dengan additives yang membuatkan ia tidak boleh diminum. Wangian oil base pula menggunakan larutan berasaskan minyak seperti DPG (di-propylene glycol) atau minyak Jojoba (disebut sebagai 'hohoba') atau pun minyak kelapa. Wangian oil base ini banyak digunakan di timur tengah kerana ramuannya yang sesuai digunakan dengan asas minyak.

Kebiasaannya pada pemahaman orang kebanyakan, lagi pekat wangian itu lagi tahan dan kuat baunya. Ini adalah benar jika kita bercerita tentang wangian yang sama. Tetapi belum tentu benar jika kita bandingkan wangian yang berlainan, wangian A dan wangian B. Jika wangian A  menggunakan lebih bahan yang mempunyai nota yang berat seperti nota kayuan dan oud berbanding wangian B yang lebih menggunakan nota segar dan ringan seperti bergamot. Dalam kes ini belum tentu wangian B boleh dikatakan lebih kuat dan tahan wangiannya walaupun dihasilkan dalam kepekatan EDP berbanding wangian A yang disediakan hanya dalam kepekatan EDT (have I confuse you enough?). Sila baca post Perfume Myth - Fakta atau Auta? untuk mengetahui faktor faktor yang membuatkan wangian tahan atau tidak.

Parfum

Parfum (ada sesetengah panggil perfume) adalah tahap kepekatan paling tinggi yang boleh di jumpa di shopping mall. Wangian Parfum ini sangat kuat dan ada sesetengah akan merasakan ia tengit. Jadi bukan sebarang orang sanggup memakai Parfum. Dengan kepekatannya 20% - 40% pati, ia digunakan selalunya untuk acara yang istimewa kerananya harganya yang lebih mahal.
Wangian Parfum biasanya disediakan dalam botol yang direka khas dengan penutup stopper menyelahkan lagi keistimewaan wangian. Ia juga boleh dihasilkan dengan bentuk minyak atau solid perfume.

Eau de Parfum

EDP adalah satu lagi jenis kepekatan yang semakin digemari dikalangan penggemar wangian. Bau yang lebih kuat  dan boleh bertahan lebih lama berbanding kepekatan EDT membuatkan ia menjadi kegemaran orang ramai di Malaysia kerana cuaca tropikal dan lembap di negara kita menyebabkan kebanyakan orang merasakan EDT terlalu cepat pudar. EDP lazimya digunakan pada 15% - 20% kepekatan pati dalam larutan. Ada orang akan menggunakan EDP hanya pada waktu malam untuk acara yang istimewa contohnya makan malam bersama si dia dan menggunakan kepekatan EDT pada waktu siang. Tapi ia lebih kepada preference dan selera masing masing.


Oleh kerana kepekatannya tinggi, harganya lebih mahal sedikit berbanding EDT. Jangan risau, disebabkan kepekatan yang tinggi anda tidak perlu memakai dengan banyak dan masih mempunyai ketahanan yang lama. Sembur sedikit untuk pemakaian harian dan gunakan lebih untuk acara istimewa.

Wangian yang popular dikalangan perempuan dan lelaki:

Anda boleh gunakan botol portable yang lebih kecik seperti TINY BOUTEILLE yang mudah untuk dibawa kemana mana samada di dalam purse atau poket.

Eau de Toilette
Light Blue
Di satu masa EDT adalah kepekatan yang paling banyak boleh dijumpa di shopping mall sebelum kebangkitan kepekatan EDP di kalangan penggemar wangian di negara kita. Pengguna di negara barat selalunya lebih sukakan kepekatan EDT kerana sesuai dengan cuaca yang lebih sejuk dan tidak mahu projection bau yang terlalu kuat pada orang sekeliling. Dengan kepekatan pati sebanyak 5% - 15% kekuatan EDT terletak selesa diantara cologne dan EDP. Jika anda lihat botol minyak wangi yang anda beli di shopping mall tu most likely ia adalah EDT. Wangian EDT lazimnya boleh bertahan lebih kurang 3 - 4 jam di kulit (bergantung pada faktor lain juga) membuatkan ia sesuai untuk di pakai ke tempat kerja. Dengan syarat ia di pakai di tempat kerja. Kalau pakai di rumah, selepas itu jalan 500 meter untuk ke LRT dalam cuaca panas dan berasak dengan orang ramai di dalam LRT belum tentu ia boleh tahan bila anda sampai ke opis. Jika anda berjaya... Tahniah!

Untuk mendapatkan kepastian ketahanan yang lebih lama EDP adalah pilihan yang lebih sesuai. Untuk pelbagai pilihan dan pada harga yang berpatutan sila lawat perfumeninja.com


Eau de Cologne

Cologne adalah kepekatan yang paling rendah dijual secara komersil pada kepekatan 2% - 4%. Wangian cologne agak ringan kadangkala dipanggil splash atau aftershave. Bila kita sebut cologne lazimnya kita akan terbayang pengguna lelaki kerana cara ia di marketkan pada masa dahulu. Kini cologne bukan hanya untuk lelaki dan lelaki tidak hanya memakai cologne. Perkataan cologne datangnya dari satu tempat di Jerman di mana ia tempat pertama dihasilkan. Dahulu cologne selalunya dicipta dengan bauan segar dan citrus tapi kini juga dihasilkan dengan nota rempah, kayuan dan juga bungaan. Oleh kerana kepekatannya rendah ia dijual dengan harga yang lebih murah dengan botol yang lebih besar kandungannya. Ia juga paling pendek jangka ketahanan bau pada lebih kurang dalam satu ke dua jam. Cologne sesuai untuk pengguna yang mahukan bau yang ringan atau pun pada mereka yang mungkin sensitif dan pening dengan bau yang kuat.

Membuat pilihan Wangian

Pilihan kepekatan adalah pilihan anda, pendek kata tepuk dada tanya selera. Namun, kebiasaannya orang yang tinggal di kawasan tropikal di negara kita lebih gemar memilih EDP kerana ketahanan baunya. Selain itu cara pemakaian di badan juga penting untuk memastikan wangian digunakan secara optimum untuk memanjangkan ketahanan bau. Cara paling efektif adalah mencuba sendiri wangian dan buat pilihan mengikut apa yang anda suka.

Shop Fragrance

https://perfumeninja.com

Kredit Rujukan


  1. Ebay
  2. Carrementbelle.com
  3. Burlingtoncoatfactory.com


'' MAKE YOUR DAY AWESOME ''

BOUTEILLE

Masih belum tahu perbezaan EDT dan EDP? Masih belum tahu perbezaan EDT dan EDP? Reviewed by BOUTEILLE on February 28, 2018 Rating: 5

No comments:

Ad Home

Powered by Blogger.